Kelab Bola Sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM FC) mengintai peluang layak beraksi ke saingan Piala FAM musim depan.

Presiden JMM FC, Hamdan Mohd Salleh yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya pasukan berkenaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) musim ini.

“Insya-Allah dengan kerjasama dan sokongan daripada pemain dan pengurusan pasukan serta pihak penaja, saya yakin sasaran ke Piala FAM musim depan mampu dicapai,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili JMM FC menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Monzter Sdn Bhd, Daniel Phan yang melibatkan penajaan berjumlah RM3 juta untuk tempoh tiga tahun.

Menerusi penajaan tersebut, syarikat berkenaan akan memberikan penajaan kewangan untuk pasukan JMM FC selain turut memberi fokus kepada program pembangunan bola sepak KLFA serta pembangunan bola sepak komuniti awam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *