KUALA LUMPUR, Siasatan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berdepan dengan cabaran baharu dengan berkembangnya teknologi internet yang mempengaruhi bagaimana sesuatu kes jenayah yang berlaku.

Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian dan Cap Jari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ACP Ng Song Huat berkata perubahan yang dilihat menjurus kepada jenayah yang menggunakan teknologi digital iaitu jenayah siber.

“10 tahun lepas, kita tidak pernah dengar tentang keselamatan siber, tapi hari ini, jenayah tercipta melalui teknologi seperti permainan dalam talian, permainan video berunsurkan judi dan lain-lain lagi.

“Kemajuan teknologi disertai perubahan dalam jenayah, dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain (merupakan cabaran baharu),” dipetik sebagai berkata.

Menurutnya selain memerlukan penggunaan teknologi canggih, PDRM perlu lebih ramai pakar dalam bidang terbabit untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *