KUALA LUMPUR, Usaha membangunkan kawasan luar bandar perlu dilaksanakan secara holistik dengan menitikberatkan keseimbangan pembangunan fizikal dan nilai-nilai sosial yang berteraskan masyarakat timur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini penting kerana pengabaian terhadap elemen berkenaan boleh menyebabkan negara hancur.

“Apa gunanya ada infrastruktur hebat tapi institusi keluarga diabaikan. Tiada lagi nilai-nilai sosial di mana seorang ibu boleh menjaga sembilan orang anak tapi sembilan orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.

“Apabila nilai-nilai materialistik menjadi keutamaan, tidak ada lagi nilai-nilai tradisional kemelayuan kita dan nilai kebumiputeraan kita yang dipertahankan,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Pembangunan Luar Bandar 2017 di sini, hari ini.

Katanya negara juga harus mengambil iktibar daripada negara-negara yang menghadapi ketidakseimbangan dalam pembangunannya sehingga menyebabkan kemerosotan nilai-nilai yang baik.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *