Hujan lebat selama 45 minit di bandar raya bermula jam 5.15 petang sabtu menyebabkan sebahagian Jalan Kuching, dilanda banjir kilat.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata banjir kilat berpunca daripada limpahan air daripada Sungai Batu yang terletak berhampiran Jalan Kuching.

“Kita telah menggerakkan Skuad Penyelamat ke lokasi yang dipercayai ditenggelami air berpunca daripada hujan lebat petang tadi,” katanya.

Bagaimanapun, air kembali surut jam 6.45 petang.

“Lalu lintas juga kembali lancar dan petugas yang berada di lokasi telah membantu mengawal keadaan trafik,” katanya melalui satu kenyataan.

banjir kilat itu juga menyebabkan jalan sesak tetapi terkawal kerana hari cuti.

Kesesakan jalan raya membabitkan laluan menghala ke Gombak.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *