Institusi penghulu dan penggawa perlu ditransformasikan agar kekal relevan dan selari dengan perkembangan selain cabaran yang mendepani penjawatnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun ia merupakan institusi yang bersifat tradisional namun sumbangannya tidak dapat dinafikan terutama dalam menghubungkan masyarakat dan kerajaan.

“Transformasi perlu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai pendekatan termasuk dari sudut komunikasi.

“Sistem komunikasi di era generasi X kini telah berubah. 87 peratus kaedah komunikasi adalah dengan ‘komunikasi bukan lisan’, hanya 13 peratus dilakukan dengan cara bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia Ke-42 di Hotel Impiana,  di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Yang Dipertua (YDP) Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) , Ahmad Fuad Zainal Abidin.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *