Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic mengesahkan bahawa telah bersedia untuk beraksi bersama kelab baharunya pada musim depan.

Pemain Sweden itu akan meninggalkan PSG pada akhir musim ini selepas kontraknya tamat – dijangka menyertai kelab yang mampu memberikan gaji lumayan.

Selain Manchester United, Ibrahimovic, 34, dikaitkan dengan kelab gergasi Amerika Syarikat dan Itali seperti AC Milan.

Berikutan dakwaan tersebut, dia mendedahkan telah bersedia untuk bersama kelab baru pada musim depan.

“Saya tahu akan ke mana musim depan tetapi saya tidak akan beritahu lagi setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *