Putera Harry dan bakal isterinya, Meghan Markle akan dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex selepas perkahwinan mereka hari ini, kata Istana Buckingham beberapa jam sebelum upacara itu.

“Ratu hari ini gembira mengurniakan gelaran duke kepada Putera Henry of Wales. Beliau akan membawa gelaran Duke of Sussex, Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel,” katanya dalam satu kenyataan.

“Putera Harry akan dikenali dengan panggilan Duke of Sussex manakala Meghan Markle sebagai Duchess of Sussex.” – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *