GEORGETOWN, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengambil langkah selamat dengan ‘melarikan diri’ bagi mengelak untuk mengulas desakan permohonan maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Guan Eng enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkara itu, sebaliknya hanya memaklumkan bersedia mengulas isu tambakan laut di selatan perairan Pulau Pinang yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Hari ini, saya hanya mahu jawab satu isu sahaja berhubung tambakan laut bagi membiayai pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang dibangkitkan Najib semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Teknologi Jepun 2017, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dilaporkan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng ekoran kenyataannya berhubung penahanan EXCO kerajaan negeri, Phee Boon Poh, yang didakwa berunsur fitnah.

Kelmarin, SPRM mendesak Guan Eng mengemukakan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat dalam tempoh 48 jam selepas melabel tahanan reman ke atas Boon Poh, 65, sebagai ‘penahanan haram’.

SPRM juga menyebut akan akan mengambil tindakan undang-undang jika Setiausaha Agung DAP itu gagal berbuat demikian.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *