IPOH, Golongan muda harus mengubah gaya pemikiran daripada suka mengkritik kepada mencari penyelesaian bagi setiap isu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara maju jika rakyatnya tidak berinovasi.

“Kita menggunakan media sosial untuk bertengkar bukannya untuk berhubung dengan orang lain.

“Kita bangun pagi (menggunakan gajet dan telefon bimbit) bukan berkongsi kegembiraan (dalam media sosial), tetapi ‘complain’ terhadap apa yang tidak puas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaputama terakhir pada Dialog Pangkor 2017, di sini pada selasa.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Khairy berkata, mereka yang memiliki pemikiran inovasi tidak melihat isu sebagai masalah sebaliknya sebagai peluang dan berusaha mencari penyelesaian.

Beliau memberi contoh, Mark Zuckerberg melihat masalah kesukaran rakan kolej di universiti untuk berhubung sebagai peluang sebelum mencipta Facebook yang menjadikan beliau kaya-raya dan terkenal seluruh dunia.

Katanya, mereka yang berfikiran inovasi akan selalu menawarkan penyelesaian dan pilihan untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Khairy berkata, inovasi juga boleh berlaku menerusi pengumpulan idea dan seseorang itu boleh menjadi inovatif dan kreatif jika sama-sama bekerja bagi mencapai matlamat berkenaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *