Arsenal berjaya membuka tirai dengan kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace dengan 2-0.

Bertempat di Stadium Emirates, London pada Ahad malam, dua jaringan itu diraih pemain Olivier Giroud dan Alex Iwobi dengan begitu kemas.

Giroud dan Iwobi mencatatkan skor masing-masing pada minit ke-17 dan 56′.

Arsenal dilihat tampil mendominasi sepanjang permainan menerusi 22 percubaan di mana tujuh daripadanya menepati sasaran.

Bagaimanapun, kelab The Gunners ini beberapa kali melepaskan peluang keemasan.

Arsenal menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 40 mata.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *