Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia menghubungi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan dakwaan penyelewengan dalam persatuan itu.

“Saya akan cuba hubungi TMJ selepas ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini Isnin.

Pada masa sama, Hamidin berkata setiap individu berhak membuat laporan terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam persatuan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.

Katanya pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *