Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas 33 pertuduhan rasuah.

Abdul Latif merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau didakwa bersama seorang lagi individu, Amir Sharifuddin Abdul Raub.

Kedua mereka masing-masing berdepan dengan 33 pertuduhan.

 Abdul Latif, 51, ditahan pada 9 Mac lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dalam isu hartanah di negeri ini.

Sebelum itu, tujuh individu ditahan SPRM termasuk anak dan pegawai khasnya bagi membantu siasatan kes sama.

Beliau ditahan di Pejabat SPRM Johor dan siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *