Dua usahawan dari Jeli menerima anugerah keusahawanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sempena Expo Keusahawanan Jeli 2016 yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 28 Mei lalu.

Dua usahawan tersebut ialah Naimey Abd Jalil, pemilik NMY Jeli Wholesale (M) Sdn Bhd yang memenangi Anugerah Entrepreneur Wanita MATRADE dan Romi Sidi Hamat, pengasas Promix Global Enterprise bagi Anugerah Inovasi Eksport MATRADE.

“MATRADE menganugerahkan dua usahawan dari Jeli atas keupayaan dan kejayaan mereka dalam mengeksport produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran serantau,” kata MATRADE dalam satu kenyataan di sini pada ahad.

Menurut kenyataan itu, Naimey, melalui syarikatnya, menghasilkan produk pakaian yang diberi nama Carya Zara bermula dengan operasi secara dalam talian pada 2013.

NMY Jeli Wholesale mempunyai dua cawangan di rantau ASEAN iaitu di Brunei dan Singapura dan kini sedang dalam proses mengembangkan perniagaannya ke Sweden dan Australia.

Romi pula merupakan pemain aktif dalam industri alatan perubatan dengan menghasilkan peralatan perubatan hospital dan pada masa ini produk beliau sedang dalam proses untuk dihantar ke Singapura,” kata kenyataan itu.

Expo yang berlangsung selama tiga hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti seminar keusahawanan, festival trak makanan, pameran produk Perusahaan Kecil dan Sederhana, cabutan tiket bertuah, pertandingan menghias makanan dan program anugerah keusahawanan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *