Universiti Malaya (UM) mengesahkan bahawa Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A Rahman tidak mendaftar sebagai calon Doktor Falsafah (PhD)  di universiti berkenaan.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, UM menyatakan pihaknya telah membuat semakan terperinci dan mendapati nama Boy Iman tidak tercatat dalam sistem senarai calon PhD pihak mereka.

“UM ingin menarik perhatian umum berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Norul Iman A Rahman dalam bidang pentadbiran perniagaan (secara penyelidikan).

“Setelah disemak kami mendapati bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon di UM, “jelas UM.

Sebelum ini Boy Iman pernah mendakwa beliau pernah memiliki PhD.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *