MEDAN, Pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan membuat tuntutan hukuman penjara selama 14 tahun ke atas pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy), 38.

Tuntutan denda sebanyak 800 juta Rupiah (RM251,359) turut dikemukakan di atas kesalahan menyeludup dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan di dalam dubur.

Dalam perbicaraan yang dijalankan pada Rabu itu, pendakwa Maria F. Tarigan mendakwa Benjy telah melanggar Undang-Undang Narkotik 2009.

“Kami berharap panel juri memenjarakan defendan selama 14 tahun,” katanya ketika sesi perbicaraan yang dihadiri oleh Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Selepas mendengar hujah pihak pendakwaan, Benjy berkata dia akan membaca kenyataan pembelaan pada perbicaraan minggu depan.

Anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

Pihak penguasa menemukan 4.5 gram methamphetamine atau syabu di dalam duburnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *