KAZAKSTAN. Seorang bayi perempuan maut selepas terkena renjatan elektrik wayar pengecas telefon yang ditinggalkan ibu bapanya.

Menurut laporan Mirror UK, bayi tersebut bermain dengan wayar pengecas tersebut yang berada dalam tidak elok ketika ibu bapanya sedang tidur.

Selepas ibu bapanya terjaga, bayi tersebut didapati sudah meninggal dunia dan terdapat kesan terbakar di bahagian tangan mangsa.

Doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan bayi malang berkenaan maut akibat renjatan elektrik.

Seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bayi berkenaan meletakkan wayar tersebut di bahagian mulut dan mengunyahnya.

Ia mengakibatkan kulit wayar tersebut terkoyak dan mengeluarkan renjatan elektrik.

Seorang jururawat yang memeriksa mangsa telah memuatnaik foto tangan bayi berkenaan hampir terbakar akibat renjatan elektrik ke laman sosial.

“Jangan tinggalkan bayi anda bermain atau berdekatan wayar pengecas telefon,” kata jururawat tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *