SETIU, Seorang penumpang bas parah, manakala 10 lagi cedera ringan apabila bas yang dinaiki terbabas dan terbalik berhampiran Kampung Sungai Lerek, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, bas membawa 30 penumpang dengan dua pemandu yang dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Johor Bharu terbabas selepas dikatakan mengelak seekor binatang yang melintas.

Bas itu kemudiaannya melanggar besi pembahagi jalan dan terbalik ke dalam longkang bersebelahan jalan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Roziman Mohd Amin, berkata mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.08 pagi.

“Sembilan pegawai dan anggota bomba ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Operasi tamat sekitar jam 6.50 pagi, namun pihak kami masih lagi memantau lokasi kejadian kerana masih ada barangan mangsa berada di situ,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *