Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Azhar pernah menjadi Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd; Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd dan Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Bhd.

“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *