Jumlah korban akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang hari ini sementara ratusan mangsa masih hilang disebabkan proses perpindahan dilakukan dalam keadaan kelam kabut.

Sebanyak lapan kematian baharu dilaporkan, semalam sekali gus menjadikannya insiden kebakaran hutan membabitkan paling ramai korban dalam sejarah California.

Pada 1933, kejadian sama menyaksikan 29 mangsa maut akibat kebakaran di Taman Griffith, Los Angeles.

Difahamkan 3,500 kediaman dan bangunan perniagaan musnah dalam kebakaran yang diberi gelaran ‘kebakaran North Bay’, antara kebakaran yang menyebabkan paling banyak kemusnahan.

Kebakaran itu menjejaskan kawasan seluas 77,000 hektar, bersamaan keluasan Bandaraya New York sehingga menyaksikan seluruh kejiranan di bandar Santa Rosa menjadi abu. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *