Alex Ferguson secara peribadi mengakui telah tersalah anggap terhadap Jose Mourinho dan percaya Manchester United telah menemui jurulatih terbaik untuk memimpin kelab itu.

Morinho, 54, tidak diambil kira oleh Ferguson ketika mencari penggantinya pada 2013 yang membawa kepada pelantikan David Moyes.

Malangnya Moyes dipecat selepas beberapa bulan dan belum sempat membawa kejayaan.

Oleh kerana Mourinho diabaikan dalam pemilihan berkenaan, jurulatih kelahiran Portugal berkenaan telah menyertai semula Chelsea manakala United perlu menunggu sehingga tiga tahun selepas Louis Van Gaal dipecat.

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan, Ferguson telah memberitahu rakan sekerja lamanya bahawa Mourinho sepatutnya mengambil alih tugas jurulatih selepas beliau meletak jawatan.

Mourinho memulakan musim ini bersama United dengan prestasi tidak menentu bagaimanapun berjaya memulihkan reputasi kelab berkenaan berbanding musim lalu.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *