Lagenda Manchester United, Alex Ferguson dan Ketua Jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dilapor bertemu untuk makan tengah hari bersama di sebuah restoran di London.

Pertemuan itu menjadi tumpuan media kerana ia dikatakan perbincangan bagi melantik Pochettino sebagai jurulatih baharu United selepas Van Gaal.

Turut menemani Pochettino ialah penolong jurulatih Tottenham, Jesus Perez.

 Media England melaporkan, Ferguson cuba meyakinkan Pochettino untuk mengambil tugasan yang akan ditinggalkan Van Gaal pada akhir musim ini.

Ferguson yang merupakan penyokong kuat Pochettino juga ingin membawanya ke United walaupun jurulatih berkenaan ingin bersama Tottenham sehingga 2021.

Ferguson sebelum ini pernah memuji Pochettino secara terbuka dalam satu majlis dengan menggambarkan jurulatih itu sebagai yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *