Air France-KLM Royal Dutch Airlines pada jumaat memperkenalkan kabin Kelas Perniagaan Dunia (WBC) bagi sektor Kuala Lumpur-Amsterdam untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah terutamanya dalam kalangan pengembara perniagaan yang mahu menikmati perjalanan lebih selesa bagi destinasi jarak jauh.

Pengurus Negara bagi Malaysia dan Brunei, Aude-Lise Combier berkata dengan tempat duduk yang boleh diratakan menjadi tempat tidur, antara lain, kelas baharu itu juga menyediakan privasi tambahan kepada penumpang.

“Sebagai tambahan, kedudukan bagi setiap tempat duduk WBC dan penggunaan pembahagi khas antara skrin televisyen direka untuk memastikan lebih banyak privasi kepada penumpang.

“Kami menawarkan satu daripada rangkaian paling luas, menyediakan perkhidmatan ke Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Afrika.

“Kami menyediakan penerbangan ke hampir semua tempat dari Amsterdam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas pengenalan kelas kabin baharu itu yang menawarkan 34 tempat duduk WBC.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan menggunakan pesawat B777-200ER yang baru diubahsuai dan B777-300ER bagi laluan Kuala Lumpur-Amsterdam.

Ia juga menawarkan tambang pergi balik termasuk semua istimewa kepada semua destinasi di Eropah daripada serendah RM11,777 bagi penumpang WBC.

Air France-KLM Royal Dutch merupakan anggota gabungan syarikat penerbangan global SkyTeam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *