Share on Facebook

KUALA LUMPUR, AirAsia hari ini merasmikan laluan Kuala Lumpur ke Davao, yang dilancarkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan AirAsia, laluan tersebut kini beroperasi empat kali seminggu.

Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Perkhidmatan Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat berkata : “Kami bukan sahaja menghubungkan Davao ke Malaysia, malah kami juga membawa Davao lebih dekat ke rangkaian meluas kami di ASEAN, Asia Timur, Asia Selatan, Australasia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.”

“Kami komited untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan melepasi kawasan tumpuan utama pelancong.

“Kami mahu bekerjasama dengan lebih rapat bersama Datuk Bandar Davao, pihak berkuasa lapangan terbang dan badan-badan kerajaan untuk meletakkan Davao pada peta destinasi yang mesti dilawati di ASEAN, ” katanya.

AirAsia menawarkan tambang bermula RM169 sehala (termasuk cukai) untuk tempahan dalam talian di airasia.com mulai sekarang sehingga 18 Feb 2018 untuk tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 31 Julai 2018.

Laluan baharu ini merupakan laluan terus ketiga dari Malaysia ke Filipina selepas Manila dan Cebu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *