Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu pada Isnin.

Beliau menyifatkan ulasan sebuah akhbar mengenai kemelut politik di Terengganu sejak akhir-akhir ini adalah provokasi semata-mata menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, “tidak ada apa-apa” dan menyatakan agak kecewa dengan penulisan di akhbar tersebut yang terus menerus menulis perkara yang sama sedangkan beliau berkali-kali telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN).

Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaannegeri dengan majoriti tipis dua kerusi.

Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) danPKR (satu).

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang sidang DUN pada Isnin.

Katanya hanya keadaan di luar sahaja bising tetapi keadaan sebenar sebaliknya.

Beliau turut mengesahkan tiada usul undi tidak percaya telah dikemukakan terhadap Ahmad Razif.

“Nak tubuh kerajaan dan nak bubar kerajaan tidak mudah…bukan boleh buat terus macam tu, ada peraturannya.

“Perlu hantar 14 hari notis awal seperti ditetapkan dalam Undang-undang dan Peraturan-peraturan Tetap DUN Terengganu sebelum usul itu dimasukkan ke dalam mesyuarat, dibahas dan kemudian diundi,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *