TDM Berhad sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu hari ini telah membuat pembayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated sdn bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Dalam siaran media yang dikeluarkan hari ini, TDM Berhad mendapat peningkatan hasil pendapatan sebanyak RM 428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 iaitu peningkatan sebanyak 13% berbanding tahun sebelumnya.

Pembayaran dividen tersebut telah dibuat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan YB Dato’ Hj Wan Nawawi Bin Hj Wan Ismail, Pengerusi TDM Berhad oleh Ybhg Dato, Hj Mohamat Bin Muda, Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad kepada pengarah-pengarah agensi terlibat.

Misi TDM Berhad adalah menjadi model kepada warga korporat terutamanya dalam negeri Terengganu, memberikan keuntungan kepada pemegang saham dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri Terengganu.

Selain itu TDM Berhad juga telah menetapkan Model Transformasi TDM Baharu yang sejajar 8 Prinsip Transformasi Terengganu Baharu(TTB) oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *