Timbalan Ketua Menteri 2, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Naib Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Abang Johari mendapat sokongan parti untuk mengambil alih tugas Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada Rabu.

“Kami semua menyokong Abang Jo,” kata Awang Tengah kepada pemberita sebaik meninggalkan kediaman Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, Jumaat.

Diminta mengesahkan Abang Johari bakal menjadi ketua menteri ke enam negeri itu, Awang Tengah meminta semua pihak bersabar sehingga majlis angkat sumpah jawatan itu berlangsung petang Jumaat.

“Pihak PBB akan menyokong beliau. Anda akan dimaklumkan bila majlis angkat sumpah itu akan diadakan,” katanya.

Pimpianan kanan PBB dan Barisan Nasional mengadakan pertemuan dengan Taib pagi ini bagi membincangkan pengganti Adenan.

Abang Johari yang juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Satok untuk penggal ke sembilan berjaya mempertahankan kerusinya apabila menewaskan calon PKR, Mohammad Salleh Shawkatali pada pilihan raya negeri 2016.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *