Seramai 4,500 belia bandar dan luar bandar berkhemah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini di bawah program Nafas Agro Youth Camp untuk mengenali dengan lebih dekat konsep pertanian dan kerjaya yang dijana melalui pertanian.

Kumpulan belia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun itu berkhemah dalam tiga sesi sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang akan berakhir Ahad ini, dengan setiap sesi melibatkan 1,500 peserta yang akan berkhemah selama tiga hari.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencetuskan idea perkhemahan itu berkata perkhemahan julung kali itu adalah untuk golongan muda mendapat pemahaman serta memupuk cinta mengenai industri pertanian.

“Mereka melihat suasana MAHA 2016 khususnya di Laman Ternakan serta melihat bagaimana konsep keusahawan berkaitan pertanian.

“Peserta juga diajar untuk mengenali penat lelah seorang petani dalam menghasilkan makanan,” katanya selepas menyertai gotong-royong ‘go green’ bersama 1,500 peserta perkhemahan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia di sini.

Sesi pertama Nafas Agro Youth Camp itu diadakan pada 2 Dis lepas, sesi kedua bermula semalam dan sesi ketiga pada 9 hingga 11 Di-s ini.

Pada hari ini, Ahmad Shabery menemani Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat Pavilion Rumah Negeri Johor.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *