Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan kereta api barang di Saint-Georges-Sur-Meuse, timur Belgium.

Nahas berlaku kira-kira sejam menjelang tengah malam waktu tempatan Belgium.

“Kereta api yang membawa kira-kira 40 penumpang melanggar belakang kereta api barang di laluan trek yang sama.

“Pelanggaran itu menyebabkan dua daripada enam gerabak tergelincir,” ,” kata pihak berkuasa kereta api Belgium, SNCB menerusi kenyataan.

Datuk Bandar Saint-Georges-Sur-Meuse, Françis Dejon, memberitahu agensi berita Belga, tiga orang terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam nahas berkenaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *