KUALA NERUS, Seramai 275 graduan anak Terengganu berjaya terpilih mengikuti Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) sekaligus menjadi kumpulan pertama yang megikuti program latihan tersebut.

Menteri Besar Terengganu berkata daripada jumlah itu, 20 graduan akan diletakkan di bawah bidang perternakan, perikanan (20), perikanan (23), pelancongan (25), pertanian (40) usahawan (4) dan selebihnya pengurusan dan pembinaan serta pembuatan iaitu seramai 120 orang.

“Graduan yang terpilih akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dalam tempoh enam bulan bermula Disember 2017 sehingga Mac 2018 nanti.

Mereka juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh kursus tersebut,” katanya ketika menyampaikan surat tawaran TGTP di Hotel Tabung Haji, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang.

Sementara itu, seorang graduan, Abdullah Ajyad Ismail berkata, beliau bersyukur kerana terpilih mengikuti program tersebut dan akan menggunakan tempoh latihan itu sebaik-baiknya untuk meningkatkan kemahiran ‘softskill’ dalam bidang yang diceburi.

“Bagi saya, TGTP ini adalah platform terbaik bagi saya meluaskan ilmu dalam mengeluarkan produk-produk terbaik terutamanya dalam bidang industri asas tani, kata graduan pertanian dari UiTM Jengka yang akan ditempatkan di Kompleks Pertanian Ajil di Bukit Perpat.

Seorang lagi graduan, Balqis Pisol yang ditempatkan di Chicken Cottage, Ampang Jaya berkata, beliau berazam untuk membantu syarikat berasaskan makanan segera itu menghasilkan produk yang lebih tahan lama berdasarkan ilmu teknologi makanan yang dipelajari ketika menuntut di universiti dahulu.

Program TGTP adalah antara beberapa inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu pekerjaan di Negeri Terengganu ini.

Ianya selaras dengan hasrat dan fokus utama Kerajaan Negeri sekarang iaitu menangani isu 3P iaitu Pekerjaan, Peningkatan Kos Sara Hidup dan Perumahan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *