Malaysia Development Berhad (1MDB)  berkata ia berkongsi semua dokumen yang dimiliknya dan dokumen yang boleh diperoleh berkaitan Aabar BVI dengan Jabatan Audit Negara.

“Apabila sebab-sebab yang relevan dan “substantial” dinyatakan bagi setiap pengabian” ia menafikan bahawa ia telah berbohong atau menyekat makumat berkaitan Aabar BVI (Aabar Investments PJS Limited) seperti didakwa oleh Anggota Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara Tony Pua,” kata 1MDB dalam satu kenyataan.

“Dokumen sama ini jugalah yang dikongsi dengan Jabatan Audit Negara yang menunjukkan hak milikan, pembayaran kepada dan dokumen perundangan berkaitan Aabar BVI.

“Justeru, tiada pembohongan atau menyekat maklumat seperti didakwa oleh YB Tony Pua kerana ia tidak betul.”

1MDB berkata semua pembayaran yang relevan dibuat antara 2012 dan 2014 yang mempunyai rekod jelas mengenai pembayaran dalam penyata kewangan 1MDB yang diaudit dan boleh diakses oleh orang ramai.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab tidak diketahui, IPIC (International Petroleum Investment Company) dan Aabar sekarang menafikan hak milikan Aabar BVI atau penerima bayaran.

“Ini tidak syak lagi akan menjadi fokus utama dalam siasatan dan perbincangan selanjutnya dan 1MDB sedang mengkaji semua opsyennya berhubung dengan perkara ini.”

1MDB berkata adalah salah dan tidak profesional sekiranya Pua membangkitkan isu ini untuk kepentingan peribadi dengan mengaitkannya dengan Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda.

Setiap pemindahan ini belaku sebelum Arul Kanda memegang jawatan dalam 1MDB.

Oleh itu, beliau hanya boleh bergantung kepada rekod syarikat untuk merangka jawapannya,” kata kenyataan itu.

1MDB berkata Arul Kanda telah menyempurnakan penjualan aset utama dan membayar balik semua hutang jangka pendek/hutang bank dan 1MDB kini mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai di bank.

“Syarikat itu juga baru-baru ini membayar balik hutang kemudahan kredit  RM950 juta yang diperoleh daripada kerajaan Malaysia. YB Tony tidak mempunyai pilihan melainkan mengakui kejayaan ini,” kata kenyataan.

1MDB berkata ia yakin dengan kedudukannya daripada segi undang-undang berkaitan deposit tunai AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar BVI dan syarikat tersebut akan menggunakan semua saluran sedia ada yang terbuka untuknya.

1MDB berkata ia komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam siasatan seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *