Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk dipindahkan selepas kebakaran besar baharu tercetus di selatan Perancis, menurut pihak berkuasa, semalam.

“Pemindahan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk adalah mengikut perkembangan kebakaran. Ia adalah sebuah kawasan yang mempunyai peningkatan populasi sebanyak dua atau tiga kali ganda pada musim panas,” menurut anggota bomba.

Terdahulu, Perancis meminta bantuan Eropah dalam memerangi kebakaran besar yang telah memusnahkan hutan di bahagian tenggara, di mana salah satu insiden berlaku berhampiran di pusat peranginan terkenal Saint-Tropez.

Disebabkan angin kencang dan keadaan kering, kerajaan menggesa rakan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghantar dua pesawat pemadam kebakaran tambahan.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya tujuh pegawai bomba turut dilaporkan cedera sejak kebakaran tercetus Isnin lalu.

Lebih 4,000 bomba dan tentera yang disokong 19 pengebom air telah digerakkan untuk membantu memadamkan kebakaran. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *