Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Zuraida Nasihat Wiliam Leong Supaya Berkelakuan Seperti Wakil Rakyat Kerajaan

Zuraida Nasihat Wiliam Leong Supaya Berkelakuan Seperti Wakil Rakyat Kerajaan

KUALA LUMPUR, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, menasihatkan pemimpin parti itu supaya berkelakuan seperti wakil rakyat kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, walaupun demokrasi membuka ruang semua pihak menyatakan pendirian, ia mesti selari dengan kedudukannya.

“Baik, ini bagaimana demokrasi berfungsi. Semua orang boleh lakukan (membuat pendirian) apa yang mereka mahu.

“Tapi bila sudah menjadi kerajaan, masih turun ke jalanan, nampaknya masih tidak boleh berkelakuan seperti kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga ADUN Bukit antarabangsa serta Ahli Parlimen Gombak.

Zuraida diminta mengulas laporan media memetik bekas bendahari PKR, William Leong, yang menyatakan kini masa untuk menggunakan ‘pelan B’ bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri.

Antara lain, Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang, didakwa menyatakan suara rakyat adalah penting sebagai tekanan untuk kerajaan kembali kepada landasan.

Leave a Reply

Top