Anda di sini!
Utama > Sukan > Zlatan Kini Sedia Kembali

Zlatan Kini Sedia Kembali

Zlatan Ibrahimovic akhirnya ‘bebas’ daripada kecederaan lutut kiri serius yang mengetepikannya selama hampir setahun dan kepulangannya bersama Manchester United adalah tidak lama lagi.

Pemain berusia 36 tahun itu memberitahu perkembangan berkenaan ketika mengumumkan kerjasama baharu antara dirinya dengan syarikat teknologi Sambung.

Selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi suku akhir Liga Europa menentang kelab Belgium, Anderlecht pada April tahun lalu, kali terakhir Ibrahimovic beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pada 26 Disember lalu menentang Burnley.

Dia begitupun dikeluarkan pada separuh masa pertama perlawanan dan sejak daripada itu sentiasa tersisih tetapi ketika ditanya sama ada bersedia untuk menyarung jersi United, jawapan pemain kelahiran Sweden itu jelas.

“Apabila saya bersedia untuk menampilkan aksi terbaik. Itulah masanya,” kata Zlatan yang dianggap pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman dan pernah menjulang gelaran liga bersama Ajax (Belanda), Juventus, Inter dan AC Milan (Itali), Barcelona (Sepanyol) dan Paris St Germain (Perancis) sebelum tiba di Old Trafford pada 2016.

Ibrahimovic menambah gelaran Liga Europa bersama United tetapi hanya menyaksikan perlawanan di kawasan tempat duduk kerana kecederaan.

Dengan pendahulu liga, Manchester City ketika ini memiliki jurang besar perbezaan 16 mata di depan United di tangga kedua, kejuaraan liga domestik England tanpa tidak mampu lagi dijangkau.

Selain EPL, United juga tersingkir dalam kancah Liga Juara-Juara kepada kelab Sepanyol, Sevilla dengan Piala FA menjadi satu-satunya trofi yang mampu diburu.

“Saya mahu berada di tahap di mana saya boleh beraksi di tahap terbaik kerana saya tidak mampu untuk membantu pasukan pada musim ini,” katanya sebelum memberi petunjuk untuk keluar daripada persaraan di pentas antarabangsa untuk bersama Sweden di Piala Dunia Russia.

“Saya memikirkan mengenai perkara ini sepanjang masa, tetapi jika saya mahukannya, saya akan berada di sana,” katanya yang menggantung jersi kebangsaan selepas Euro 2016.

Leave a Reply

Top