MH Online

Laman Suara Rakyat

Zaha Beri Mesej Jelas Kepada Arsenal

Zaha Beri Mesej Jelas Kepada Arsenal

Wilfried Zaha tampak memberikan mesej jelas kepada Arsenal ketika bintang Crystal Palace itu memberikan bayangan akan berhijrah ke Stadium Emirates musim panas ini.

Pemain sayap Ivory Coast itu hampir menyertai Gunners tahun lalu tetapi bekas bos kelab itu, Unai Emery memilih Nicolas Pepe dari Lille.

Zaha sejak itu berkata ia sesuatu yang “menakjubkan” kerana dikaitkan dengan kelab diminatinya sejak kecil walaupun dia tidak disasarkan dalam perpindahan.

Dan pemain berusia 27 tahun itu yang kontraknya di Selhurst Park akan tamat pada 2023 – menghantar mesej jelas kepada Arsenal dengan menyatakan dia masih mahu berhijrah ke kelab utara London itu.

Dalam rakaman dimuat naik di Instagram, Zaha dirakam penyokong di sebuah kelab malam menunjukkan perkataan merah di dinding tertulis: “Zaha ke Arsenal.”

Kapsyen tertulis: “Jadi saya dan @wilfriedzaha ada mesej untuk anda @arsenal.”

Zaha dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Palace sejak penghujung musim lalu apabila pengurus Roy Hodgson mengakui pemain itu mahu meninggalkan kelab selatan London itu. – Agensi