Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > YKB Disaran Bergerak Lebih Aktif

YKB Disaran Bergerak Lebih Aktif

KUALA LUMPUR, Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) disaran bergerak lebih aktif dalam membantu golongan miskin bandar, pertubuhan anak yatim dan maahad tahfiz di tiga wilayah persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penaung Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Anggraini Sentiyaki berkata usaha itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada masyarakat khususnya golongan berkenaan.

“Boleh fokus kepada penjawat awam berpendapatan rendah yang menghadapi cabaran seperti memiliki anak kelainan upaya (OKU) atau mempunyai bilangan anak ramai dan pasangan tidak bekerja. Golongan seperti ini perlu dibantu agar dapat meringankan penderitaan mereka,”katanya.

Anggraini yang juga isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata demikian ketika melawat Zalina Husain yang mempunyai lima anak kecil, dan seorang daripadanya OKU di rumahnya di Presint 8, Putrajaya.

Menurut Anggraini, suami Zalina merupakan pemandu yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YKB Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio-Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Rosida Jaafar.

Pada majlis itu, Anggraini turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM1,000 dan barang keperluan asas.

Leave a Reply

Top