Oleh : Hidayat Fansyuri

KUALA SELANGOR, Yayasan Tabung Haji (TH) bersama Biro Keahlian Daftar Pemilih (BKDP) memperuntukkan sumbangan  RM300,000 bagi setiap 50 parlimen khusus untuk Ramadhan tahun ini di bawah Program Ziarah Kasih Ramadhan al Mubarak.

Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling Dato’ Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim menyempurnakan perasmian di Dewan Dato Seri Abu Hassan, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Lokasi pertama menyaksikan seramai 3,000 penerima hadir antaranya golongan asnaf dan mereka yang memerlukan termasuk ibu tunggal serta orang miskin.

Turut sama mengagihkan sumbangan adalah Peguam Negara yang juga Ahli Lembaga Pengarah TH Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Penolong Setiausaha Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah TH Datuk Rosni Sohar.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Dato’ Ishak Harun.

Antara lokasi jelajah termasuk  Sabah, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *