MH Online

Laman Suara Rakyat

Wuhan Jalankan Ujian Kepada Semua Penduduk

Wuhan Jalankan Ujian Kepada Semua Penduduk

BEIJING, Pihak berkuasa di Wuhan hari ini mengumumkan akan menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua penduduknya untuk selepas bandar itu melaporkan jangkitan tempatan pertama sejak setahun lalu.

Pegawai Kanan Wuhan, Li Tao pada sidang media hari ini, berkata bandar itu dengan segera melancarkan ujian pengesanan asid nukleik

menyeluruh bagi semua penduduk.

Pihak berkuasa semalam, mengumumkan tujuh kes jangkitan tempatan dikesan dalam kalangan pekerja migran di bandar itu yang memecahkan rentetan sepanjang tahun tanpa kes domestik selepas ia pertama kali muncul, menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan langkah penutupan pada awal tahun lalu.

China melancarkan ujian besar-besaran dalam beberapa hari kebelakangan ini dalam usaha memerangi wabak dalam tempoh beberapa bulan.

Negara itu melaporkan 61 kes domestik berkaitan varian Delta yang cepat menular ke puluhan bandar selepas jangkitan berlaku dalam kalangan pekerja pembersih lapangan terbang di Nanjing yang mencetuskan rangkaian kes di seluruh negara.

Bandar utama, termasuk Beijing kini melakukan ujian kepada berjuta-juta penduduk dengan menutup kawasan perumahan dan melaksanakan perintah kuarantin kepada kontak rapat. – BERNAMA