MH Online

Laman Suara Rakyat

WHO Keluar Amaran Varian Lebih Berhaya

WHO Keluar Amaran Varian Lebih Berhaya

GENEVA, Jawatankuasa kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Khamis, berhubung ancaman varian Covid-19 baharu yang lebih berbahaya dijangka merebak ke seluruh dunia, sekali gus menyebabkan pandemik semakin sukar berakhir.

Amaran itu ditambah lagi dengan berita buruk ketika beberapa negara kini berdepan gelombang baharu akibat varian baharu, Delta yang pertama kali dikesan di India.

“Pandemik ini tidak mudah berakhir,” jawatankuasa itu memberi amaran pada Khamis, susulan mesyuarat mereka yang diadakan sehari lebih awal.

Pengerusi jawatankuasa terbabit, Didier Houssin, mengakui kepada pemberita bahawa “perkembangan semasa cukup merisaukan”.

Ketika ini, empat varian Covid-19 membimbangkan menguasai pandemik di peringkat global: alpha, beta, gamma dan varian yang menjadi punca utama penularan merebak pantas, delta.

Sementara itu menurut pakar, penggunaan pelitup muka, jarak fizikal, kebersihan tangan dan pengudaraan lebih baik dalam kawasan tertutup berterusan menjadi kunci utama mengurangkan jangkitan.

Katanya, sekurang-kurangnya 10% penduduk di setiap negara perlu divaksin menjelang September ini melibatkan negara kaya dan miskin.