MUKAH, Seorang warga emas berusia 61 tahun direman empat hari di Dalat, di sini berhubung siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Awang Arfian Awang Bujang, berkata penahanan suspek susulan laporan polis dibuat ibu mangsa semalam.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke Kampung Medong, di sini tengah hari semalam bagi menjejaki suspek sebelum dapat menahannya,” katanya ketika dihubungi.

Awang Arfian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *