Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Warga Austria Tanda Tangan Petisyen Larangan Merokok Di Bar

Warga Austria Tanda Tangan Petisyen Larangan Merokok Di Bar

Kira-kira 500,000 warga Austria sudah menandatangani petisyen larangan merokok di bar dan restoran, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan campuran parti konservatif serta haluan kanan yang memperjuangkan hak untuk merokok.

Ketika membentuk kerajaan pakatan, parti haluan kanan, Parti Freedom dan parti konservatif pimpinan Canselor Sebastian Kurz, setuju untuk menarik balik larangan merokok yang termaktub dalam statut, berkuat kuasa Mei ini.

Kedua-dua parti juga bersetuju untuk mengadakan pungutan suara bagi mengumpulkan sekurang-kurangnya 900,000 tandatangan tetapi pada 2022.

Berikutan itu, sekumpulan doktor dan aktivis anti kanser melancarkan petisyen mengikut sistem sedia ada yang mewajibkan Parlimen untuk mempertimbangkan mana-mana isu, sekiranya 100,000 tandatangan berjaya diperoleh.

Jumlah itu berjaya dikumpul hanya dalam tempoh tiga hari selepas petisyen itu dilancarkan pada 15 Februari lalu, tetapi pihak penganjur meneruskan kempen itu sehingga 4 April ini, sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.

Pada masa sama, rang undang-undang kerajaan untuk menarik balik larangan itu sudah dibentangkan di Parlimen dan dijangka dibebaskan di Dewan Rendah, akhir bulan ini. – Reuters

Leave a Reply

Top