Seorang wanita berusia 27 tahun dari Amerika Syarikat menjadi wanita pertama mengembara ke semua negara di dunia iaitu 196 destinasi dalam masa 18 bulan.

Cassie De Pecol telah mengembara di kesemua 196 negara termasuk Taiwan, Kosovo dan Palestin sejak memulakan ekspedisi pada Julai 2015.

Kejayaan wanita  itu akan disenaraikan dalam Guinness World Record selepas dia menamatkan pengembaraan di negara terakhir, Yaman.

Menurut Cassie, pengembaraan tersebut telah menelan belanja $198,000 (RM880,902) dan melibatkan 280 penerbangan.

Walaupun berjaya mengembara ke tempat-tempat luar biasa di seluruh dunia, Cassie mengakui ia bukan satu ekspedisi yang mudah.

“Walaupun apa yang anda mungkin berfikir, ekspedisi ini bukan sesuatu yang mudah”. katanya.

Cassie bertindak sebagai duta keamanan bagi Institut Keamanan Antarabangsa Melalui Pelancongan dan Skal Antarabangsa semasa pengembaraannya itu.

Kerja-kerja beliau melibatkan pertemuan dengan pelajar pelancongan di universiti bagi membincangkan tanggungjawab pelancongan dan ekonomi.

Di samping itu, dia turut bekerja dengan Adventurers and Scientists for Conservation untuk mengumpul sampel air untuk menguji kehadiran micro plastik.

“Orang di dunia sebenar daripada semua lapisan masyarakat di setiap negara di setiap warna setiap agama dan kewarganegaraan sangat baik kepada saya.” tulisnya di Facebook selepas menamatkan pengembaraan.

Cassie berkata,  sejak di bangku sekolah lagi dia mempunyai keiginan untuk melawat setiap negara di dunia kerana tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya, habitat semula jadi dan agama.

“Melangkah ke setiap negara bagi saya adalah usaha peribadi bagi mengetahui mengenai dunia kita, keluar dari zon selesa dan menjadi selesa dalam keadaan yang tidak diketahui,” katanya dipetik Mirror.uk.

Secara purata, Cassie akan menghabiskan dua hingga lima hari di setiap negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *