Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Wang RM51,400 Lesap Dilarikan Pekerja Wanita

Wang RM51,400 Lesap Dilarikan Pekerja Wanita

KUALA TERENGGANU, Seorang wanita yang memiliki kedai motosikal di Dungun, kerugian RM51,400 selepas mendakwa menjadi mangsa pecah amanah pekerjanya sendiri.

Kejadian itu hanya disedari wanita berusia 44 tahun pada 31 Mei lalu apabila dia memeriksa akaun kedainya selepas pekerja wanita berusia 22 tahun itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M.Zambri Mahmud berkata, mangsa yang curiga dengan tindakan suspek yang tiba-tiba menghilangkan diri tergerak memeriksa akaun kedainya.

Katanya, mangsa terkejut apabila duit kutipan jualan motosikal berjumlah RM51,400 tidak dimasukkan ke dalam akaun kedainya.

“Mangsa memaklumkan suspek dipertanggungjawabkan untuk memasukkan wang ke dalam akaun kedai namun didakwa tidak berbuat demikian dan mengesyaki suspek sudah melarikan diri bersama kekasihnya yang juga bekas pekerja di kedainya sebelum ini.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun pada Selasa lalu dan kes disiasat Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Bagi kesalahan itu, individu yang bersalah berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” dipetik sebagai berkata.

Leave a Reply

Top