Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Wan Rakemi Garis 3 Asas Untuk Dun Kemahang

Wan Rakemi Garis 3 Asas Untuk Dun Kemahang

Oleh : Zainuddin Sanusi

KEMAHANG, Calon Barisan Nasional N28, DUN Kemahang, Wan Rakemi Wan Zahari, 38 akan mensasarkan kepada tiga perubahan asas yang utama sekiranya diberi mandat dalam PRU14 pada 9 Mei nanti.

Beliau berkata, penekanan terhadap menaiktaraf infrastruktur, mempelbagaikan peluang-peluang pekerjaan yang baru khususnya pada generasi muda serta membina rumah-rumah untuk generasi kedua Felda adalah matlamat utama beliau sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Tujuannya adalah supaya, generasi kedua Felda serta masyarakat dalam DUN Kemahang dapat menjana pendapatan yang stabil tanpa perlu berhijrah ke bandar memandangkan banyak peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan dapat dibangunkan dalam DUN Kemahang.

Sebagai calon muda dan juga bekas Pengurus Piala Presiden Bolasepak Negeri Kelantan, Wan Rakemi lebih dekat dan memahami inspirasi anak-anak muda khususnya yang berada dalam DUN Kemahang.

Oleh yang demikian, beliau berharap kepada golongan muda khasnya serta penduduk DUN Kemahang dapat memberikan sokongan yang padu terhadapnya. Ini kerana setiap perancangan yang beliau telah rancangkan akan berjaya sekiranya seluruh anak-anak muda khususnya samada yang berada di kawasan sekitar serta yang berstatus pengundi luar kerana bekerja di luar Kelantan dapat menzahirkan sokongan mereka dengan memberikan undi kepadanya dalam PRU nanti.

Ditanya mengenai perancangan 100 hari beliau sekiranya diberi mandat, Wan Rakemi berkata dia akan menumpukan kepada merapatkan ukhwah serta melahirkan modal insan yang berkemahiran di dalam DUN Kemahang kerana matlamat untuk memajukan Kemahang dan melahirkan Kemahang Baru akan lebih cepat terlaksana dengan adanya rakyat yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam usaha menstabilkan ekonomi dan pendapatan penduduk.

Leave a Reply

Top