Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Wahid Omar Contoh Produk MRSM Yang Berjaya

Wahid Omar Contoh Produk MRSM Yang Berjaya

Oleh : Zabidi Saidi

Sebagai produk sulung MRSM Seremban (1972-1976) saya bangga dengan kejayaan ramai lepasan MRSM yang pertama di Malaysia, Antara yang berjaya ialah Pengerusi PNB, Tan Sri Wahid Omar; bekas CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail; CEO Telekom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO PR1MA, Datuk Mutalib Alias dan ramai lagi.

Tahun lepas sewaktu saya menemui Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Datuk Wan Nanawi Wan Ismail terkejut mendapati bahwa saya adalah produk MRSM Seremban.

Beliau tanya saya kenapa jadi wartawan tak jadi doktor atau jurutera. Saya jawab masa di MRSM saya banyak baca novel Melayu di perpustakaan maka akhirnya saya lebih minat jadi penulis (wartawan). Kebetulan pula isterinya Toh Puan Anis adalah junior saya di MRSM Seremban.

Semalam saya berpeluang menemui lepasan MRSM Seremban yang berjaya, Tan Sri Wahid Omar di pejabatnya di Menara PNB. Ketika saya melihat Menara PNB yang tersergam, saya terfikir apa akan jadi kepada RM270 billion wang PNB jika DAP memerintah Malaysia suatu hari nanti akibat perpecahan orang Melayu. Sedih saya memikirkannya andai kata igauan ini menjadi kenyataan 50 tahun akan datang.

Sewaktu Tan Sri Wahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya pernah smsnya untuk menemui beliau tetapi beliau tidak jawab sms saya. Saya faham bahawa beliau amat sibuk.

Bulan Disember lepas saya whatsapp beliau mahu menemuinya. Beliau baca whatsapp saya tetapi tidak jawab. Maka apabila saya terjumpanya di pejabat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bulan lepas, saya bersalam dengannya dan memperkenalkan diri saya sebagai seniornya di MRSM Seremban.

Kami bergambar dan masukkan gambar itu dalam Facebook saya yang ditulis caption bukan main sombong Tan Sri Wahid Omar tidak layan whatsApp saya. Sahabat saya Datuk Zaharin Mohd Yasin masukkan ‘posting’ Facebook itu dalam kumpulan whatsApp yang disertai Tan Sri Wahid.

Rupa-rupanya ada hikmah apabila Datuk Zaharin buat begitu. Dua minggu lepas saya whatsapp beliau mahu menemuinya dan terus beliau jawab whatsapp saya dengan menulis sila datang ke pejabatnya pada 21 Februari (semalam).

Semalam Tan Sri Wahid membuktikan bahawa dirinya tidak sombong dan beliau menghantar kami sampai ke pintu lif. Beliau sempat bergurau jangan pula ‘you masuk gambar saya dalam Facebook you kata I sombong lagi’. Saya ketawa mendengar gurauan beliau.

Selama setengah jam saya sempat berbincang dengannya tentang masa hadapan PNB. Beliau yang masuk MRSM Seremban dari tahun 1977 hingga 1981 berasal dari Johor Bharu, Johor. Beliau sepatutnya masuk MRSM Kota Bharu. Tetapi oleh kerana jauh dan keluarganya agak susah ketika itu tidak mampu menghantarnya ke sana, maka kakaknya minta tukar ke MRSM Seremban yang lebih dekat dengan kampung halamannya.

Beliau tidak sangka beliau tukar dengan anak Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana Mukhriz dipindahkan dari MRSM Seremban ke MRSM Kota Bharu.

Leave a Reply

Top