Anda di sini!
Utama > Sukan > Vida-Annuar Bincang Hati Ke Hati

Vida-Annuar Bincang Hati Ke Hati

Spekulasi ‘hubungan keruh’ antara dua individu penting dalam pengurusan pasukan bola sepak Kelantan melibatkan isu wang tajaan bagaikan diiyakan apabila pertemuan diatur untuk Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Tan Sri Annuar Musa sama-sama berbicara dari hati ke hati.

Pertemuan secara tertutup itu diadakan bagi menyelesaikan segala kemelut yang berbangkit selama ini.

Pertemuan di sebuah lokasi yang dirahsiakan itu sedang berlangsung ketika ini.

Menurut Vida beliau enggan mendedahkan lokasi pertemuan itu kerana tidak mahu fokus dalam menyelesaikan segala kemelut dan isu dalaman yang membelenggu pasukan terganggu.

 “Maaf saya tak boleh nak dedahkan lokasi kerana tidak mahu rasa terganggu. Saya mahu perbincangan ini dilakukan dari hati ke hati.

“Pertemuan ini diharap akan menyelesaikan segala isu yang berbangkit. Saya tidak mahu ia terus berlanjutan kerana akan menjejaskan pasukan,” katanya.

Jutawan kosmetik itu berkata, hasil pertemuan tersebut nanti akan dimaklumkan menerusi laman Instagram miliknya @datoserivida.

“Saya akan maklumkan hasil pertemuan itu di dalam Instagram malam ini. Doakan supaya perbincangan ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Baru-baru ini, Vida menggambarkan hubungannya dengan Annuar ibarat retak menanti belah, namun beliau tiada jalan keluar dan perlu meneruskan komitmen penajaan terhadap skuad The Red Warriors.

Jelas usahawan dari Machang itu lagi, kurang percaya dengan ketelusan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam menguruskan kewangan adalah sebab utama beliau mengawal selia wang tajaan.

Leave a Reply

Top