KUALA LUMPUR, Selain mudah diperoleh di pasar malam dan kedai-kedai tepi jalan, pelanggan vape boleh mendapatkan bekalan cecair nikotin dan produk vape secara dalam talian di pasar e-dagang terkemuka seperti Lazada dan Shopee.
Ketika ramai yang bersikap lebih kritikal untuk tidak membeli barangan elektronik secara dalam talian kerana tidak tahu tahap keselamatannya, vape yang juga sejenis produk elektronik seolah-olah tidak diragui sangat.
Seandainya penguatkuasaan undang-undang wujud di Malaysia bagi mengawal pengedaran vape, penjualan secara dalam talian ini memerlukan tindakan yang kawal selia, khususnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SKMM harus berperanan mengekang portal e-dagang seumpamanya daripada mempromosi dan berdagang produk yang tidak berlesen dan melanggar undang-undang negara kerana menjual bahan terlarang menerusi internet.
Berita lain
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan
‘Tiada Perbincangan Politik’
AMANAH Yakin PH Masih Utuh