Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Ince tidak pasti tentang kedudukan Louis van Gaal sebagai pengurus kelab, walaupun kelab itu mampu menang dalam final Piala FA menentang Crystal Palace lewat malam ini.

Bagaimanapun, Ince berpendapat bahawa corak dan gaya permainan bola sepak United musim ini adalah sebab utama mengapa pengurus dari Belanda itu berada di bawah tekanan.

Ince menghabiskan enam tahun di Old Trafford di mana dia memainkan peranan dalam dua kejayaan Liga Perdana Inggeris dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FA pada tahun 1990 dan 1994.

Dia memberitahu Sky Sports News HQ pada Jumaat: “Ia bukan hanya tentang kemenangan trofi. Dia (Van Gaal) berkata memenangi piala adalah lebih baik daripada menduduki kelompok empat teratas. Tetapi setahu saya itu tidak masuk akal.

“Mereka perlu berada dalam Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA tidak akan mengubahnya. Tetapi saya fikir ia lebih kepada gaya bola sepak yang peminat telah lihat tahun ini.

“Ia bukan permainan bola sepak yang menarik, bebas dan mewujudkan peluang. Mereka telah bergelut untuk menjaringkan gol.

“Jika mereka menang ia hanya akan menutup keretakan dan jika mereka kalah, Ed Woodward (ketua eksekutif) akan mempunyai keputusan yang perlu dibuat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *