Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Ustaz Abdul Somad Dituduh Burukkan Orang Kristian

Ustaz Abdul Somad Dituduh Burukkan Orang Kristian

Briged Meo Nusa Tenggara Timur (NTT) membuat laporan polis terhadap penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad berhubung video tentang salib dan patung yang dianggap memfitnah agama Kristian.

“Kami telah melaporkan Ustaz Abdul Somad ke Polis Daerah NTT berhubung ceramahnya yang memburukkan orang Kristian,” kata anggota Briged Meo, Jemmy Ndeo kepada Tempo hari ini.

Ceramah Abdul Somad yang tular di media sosial dianggap telah memburukkan orang Kristian dan menurut Jemmy, Abdul Somad harus bertanggungjawab.

“Apa yang dikatakan Ustaz Abdul Somad dalam videonya amat mengganggu masyarakat terutama Kristian.

“Kami melaporkan Ustaz Abdul Somad sebagai individu, ia tidak berkaitan dengan orang Islam,” kata Jemmy.

Jemmy turut berharap Ustaz Abdul Somad boleh memberi penjelasan atau memohon maaf berhubung kenyataannya ketika ceramah itu.

“Jika ustaz keliru, maka kami harap ada permohonan maaf dan klarifikasi,” katanya.

Tempo masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan Abdul Somad berhubung laporan yang dibuat terhadap dirinya. – Tempo

Leave a Reply

Top