MH Online

Laman Suara Rakyat

Usaha Beli Ahli Parlimen Sedang Rancak Berjalan

Usaha Beli Ahli Parlimen Sedang Rancak Berjalan

KUALA LUMPUR, Tempoh sebulan sebelum usul Undi Percaya ke atas pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dibentangkan di Parlimen adalah waktu yang rancak untuk ‘membeli belah’ Ahli Parlimen pembangkang.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bebarapa Ahli Parlimen pembangkang mula diumpan untuk melompat sejak pagi tadi.

“Usaha membeli sedang berjalan rancak. Beberapa MP blok pembangkang diumpan jawatan menteri ..

“Ini sebabnya mengapa PM Mahiaddin buat undi percaya bulan September.

“Melayu Islam tergugat? Atau kuasa, pangkat dan habuan yang menjadi tujuan berjuang?” tanyanya dalam catatan pendek tersebut.

Bersama catatan itu, Saifuddin memuat naik tangkap layar aplikasi WhatsApp dua pemimpin yang didakwa cuba ‘dibeli’ oleh agen-agen dari parti politik tertentu.

Terdapat pesanan yang digambarkan cuba menawar jawatan menteri menggantikan Ahli Parlimen Parit Sulong atau Lenggong yang telah meletak jawatan.

Juga terdapat pesanan untuk menawarkan bantuan ekonomi dan kewangan di kawasan Parlimen tertentu.