Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > UMNO Tidak Tuntut Jawatan Di Kelantan

UMNO Tidak Tuntut Jawatan Di Kelantan

KOTA BHARU, UMNO Kelantan tidak akan menuntut jawatan dalam kerajaan pimpinan PAS Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, pada masa sama turut mengingatkan ahli UMNO supaya tidak membincangkan perkara berkaitan jawatan pada peringkat akar umbi.

Katanya, perkara yang lebih penting buat masa ini ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya mengejar jawatan.

“Kita kini sudah menjadi suara kerajaan dan saya harap pengalaman yang ada sebelum ini dapat digabungkan dan hasilnya dapat dirasai oleh rakyat,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, UMNO Kelantan akan menjadi tulang belakang kepada kerajaan Kelantan bagi membuktikan ia pilihan tepat kepada PAS.

“Kita nak lihat taraf hidup dan kehidupan rakyat di Kelantan berubah, walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

“Ini akan menjadi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini selepas PAS bersama-sama dalam Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu,” katanya.

Leave a Reply

Top